apakah itu zionise?

ni la die..

ni la die..


penjelasan berikut adalah dipetik dari malaysia kini blog..kredit untuk mereka..artikel ini adalah untuk tujuan pemahaman sahaja..jangan gunakan sebagai rujukan atau untuk tujuan publisiti!

“Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.

Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia ‘bom nukelar’ Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan di Nazareth, Palestin.

Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.
Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel.

Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.

Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal – ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.”

sekian terima kasih///

/bm/banner/I06/index.html

apakah yang wanita nak dari lelaki?

ok..kita cerita jiwang-jiwang sikit..

apa yang perempuan nak pada lelaki?

yang biasa kita dengar mestilah :-

1.sayang

2.kesetiaan

3.kejujuran

4.pengorbanan

tapi ramai orang lupa pasal basic dia..korang tau apa basic dia?

1.sayangilah seorang perempuan itu kerana allah ..

2.bila kau berkata engkau menyayangi seseorang wanita itu lebih dari segalanya.engkau salah.,mana engkau letak pencipta engkau?

3.andainya engkau disuruh terjun membnuh diri demi seorang perempuan,adakah engkau akan lakukan?

ok-ok..dah la tu..sekarang ni..korang kena fikir,

soalan-soalan yang korang kena tanya diri korang adalah:-

1.ada tak kau beri kebebasan yang sepatutnya dia dapat selagi dia belum bergelar isteri?

2.ada tak pernah kau fikir sama ada kau menganggu dia atau tidak?

3.pernah tak kau bagi dia kebebasan bersuara?

4.pernah tak kau rasa sunyi bila dia tiada?

5.pernah kau tanya sama ada dia ada masalah ke takde?

kalu jawapan korang tak je memanjang,memang durjana lah ko ni..

ok..aku bagi tips kat korang..aku bukannya terer tapi boleh la..

1.jangan selalu sangat memberi harapan kat dia

2.jadilah seorang yang pemaaf..

3.jangan lah berkira sangat

4.jangan terlalu kongkong dia..

5.kalau islam,tanya la sama ada dia dah solat ke belum,asyiktnaya makan je..

6.kalau gaduh,cuba jangan nudah melenting..sabar..orang permpuan memang begitu..sabar je la yop..

7.mulut tu jangan dok capoi sangat..main cakap jer..

8.hormatilah dia sebagai seorang wanita..

9.cubalah untuk setia..sebab kalau engkau tak setia,dia seribu kali lagi tak setia!!

sekian..tq

wahai gadis myspace!!!

haa...

a place to sell yourself..

bila kita cakap pasal myspace,kita mesti fikir tempat untuk cari kawan kan?tapi apa yang aku tengok adalah myspace ini adalah tempat untuk jual tubuh secara percuma..apa yang aku tengok ni bukan tipu,korang sendiri pun leh surf myspace,kofirm leh tengok benda best..

bodoh betul,murah betul gadis-gadis kita ni..jangan marah tapi itu la kenyataannya..tapi bukan semua macam tu la..

kepada mereka yang berkenaan.dinasihatkan ubah la sikit gambar tu…mana maruah korang?takder maruah ker?bangga ke tayang-tayang lurah kat orang?hhaha..itu bodoh namanya..janganlah teruskan kerja bodoh ni..buat malu kaum je kau ni..

jangan marah kalau orang kata perempuan yang jenis jual badan kat myspace ini adalah perempuan murahan!!hahaha..

itulah myspace…(a place to sell yourself..)

kenapa kita perlu boikot?

persoalan yang menarik..kenapa kita perlu boikot israel?atau lebih tepat lagi yahudi?

ada di antara kita yang amik tak kisah je pasal hal ni..dan tak kurang jugak yang fikir kenapa kita tak bersatu je serang israel senyap-senyap..ada sebabnya..antaranya:-

1.kita bukan israel yang suka-suka je tembak orang tak tentu hala..

2.undang-undang perang dalam islam ada mengatakan bahawa jika berperang,kita tak boleh menyerang orangtua,kanak-kanak,wanita.kalau kita serang macam tu je,mana nak tahu siapa yang kita serang

ok..apa kita boleh buat?

1.boikot barangan keluaran israel supaya mereka dah takder duit nak beli senjata serang untuk berperang.

2.berdoalah kepada illahi supaya rakyat yang menjadi mangsa israel hidup aman sentosa lepas ni dan hancurkan empayar israel.

walaupun korang rasa boikot ni macam takder makna bagi korang,tapi effect dia sangat besar bagi sesebuah negara..sebagai bukti,

“hari tu aku pergi masjid nak sembahyang jumaat,pak imam pun berkempen la pasal boikot ni,dia kata salah sebuah pasaraya israel yang paling besar telah bankrupt kerana barangan mereka telah diboikot”

apa maknanya?kurang la duit diorang untuk memajukan lagi ketenteraan diorang dan lepas ni boleh la kita tengok diorang jatuh tersungkur!

marilah beramai-ramai memboikot barangan israel!

selamatkan palestin!

tak kesian ke kat diorang?

tak kesian ke kat diorang?

barrack obama?

ok..sekarang macam yang kita dapat lihat,dalam internet ke dalam tv ke,barrack obama jadi presiden amerika syarikat kan??so..korang rasa adakah barrack obama akan mengubah dunia??apa pendapat korang??lu pikir la sendiri!

ni lah dia..superbarack!!

ni lah dia..superbarack

nak blaja basic gitar?

ok…oleh kerana zaman sekarang ni ramai sangat nak jadi pemain gitar..so aku nak bagi korang sikit ilmu untuk yang baru nak blaja ni..aku bukannya pandai mana pun..tapi apa salah kan kita kongsi kita nyer knowledge kan..so jom start!!!!

tapi..ingat !ada pantang larang kalau nak main gitar ni..

1.mesti ingat tuhan

2.time azan jangan sentuh pun gitar tu kerana azan tu kita kena hormat.tiada panggilan yang penting selain dari seruan illahi!

3.jangan poyo.kalau dah terer pun,jangan menunjuk.buat kerja biar ikhlas.

4.belajar gitar ni bukan leh terer dalam satu malam jer..pelan-pelan..insyaallah nanti pandai.

5.main gitar tu jangan sampai tak ingat dunia.asyik gitar jer..kita kena sedar masa depan tu penting..cuba arrange supaya jadual kita tu kita peruntukkan dalam setengah jam sahaja untuk sehari.ok.

sekarang

jom kita start ngan kenal barang dulu yek!

1.mesti la kenal gitar ye tak?ada macam -macam jenis gitar,basic dia 2 je..gitar kapok dan gitar eletrik..

1.gitar kapok..


gitar kapok

gitar kapok

note:-gitar ni la yang bunyi tak semengah tu,,tapi kalau pandai main,bunyi dia boleh jadi lagi best dari gitar elektrik..nak tahu macamana nak convert gitar kapok kepada bunyi elektrik?baca ruang modification..

2.ha…ni plak gitar eletric…baik punyer…

gitar elektrik

gitar elektrik

note:-gitar ni digunakan untuk permainan yang biasa..maksudnya ialah bunyi yang dikeluarkan oleh gitar ini di pungut oleh alat yang dipanggil pickup dan pickup tersebuat akan menghantar bunyi ke amplifier untuk menghasilkan bunyi yang boleh di ubah -ubah mengikut citarasa seseorang…macamana nak ubah bunyi?baca ruang effect..

3.ok..ni plak gitar bass

gitar bass

gitar bass

note:-gitar bass ni mempunyai 4 tali sahaja..kenapa ada empat tali?kalau ada 6 dah tak jadi bass plak..bass ni adalah bunyi bergegar yang korang dengar kat speaker korang..ini lah alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi tersebut

effects

ok…sekarang jom cerita pasal effects..

apa benda sebenarnya effects ni.macamana rupa diorang?ha..ni rupa dia..

boss distortion

boss distortion

ok..ini lah distortion dan ini adalah salah satu effects gitar..distrtion ni akan menghasilkan bunyi bingit yang korang selalu dengar dalam lagu-lagu rock..

tapi..banyak jenis effect ni..sila tengok gambar ek..

1.metal zone

effect metal zone

effect metal zone

2.zoom multieffects


zoom multieffects

zoom multieffects

note:-effect ni boleh menghasilkan macam-macam bunyi..bunyi rock,jazz,blues..sesuai untuk baru belajar pakai effects..harga dalam rm 200..

3.digital delay..


note:-amat sesuai digunakan bersama-sama metal zone..

ok..habis untuk release ni..sebarang pertanyaan sila comment..lebih lanjut tunggu release akan datang..



artis?

satu benda yang aku nak tanya kat korang,adakahkorang minat artis @ korang minat kat dia punya karya?tinggalkan komen korang dan rumusan akan dibuat pada waktu terdekat!!

gambar hanya untuk tujuan dekorasi sahaja

gambar hanya untuk tujuan dekorasi sahaja

video xxx?

isu ni maybe bagi korang dah macam tidak memberi apa-apa kan..ala perkara biasa la tu kan.tapi sebenarnya impaknya cukup besar..ok..korang bayangkan lah,kalau video tu ada sekarang,tak mustahil 30 tahun akan datang akan ada lagi video tu..silap-silap anak korang yang layan video tu..dah timbul masalah lain plak..

kalau video tu mungkin dengan bekas teman wanita korang,bila korang dah kahwin,tiba-tiba pasangan korang terlihat video tersebut, and teka la apa akan jadi bila korang melihat sendiri pasangan korang berasmara dengan orang lain.

tak pasal-pasal timbul pulak hal mintak cerai..bertambah la statistik cerai kat negara kita ni..korang la penyumbangnya..kalau korang ada simpan sekarang,walau ko simpan jauh-jauh,siap ada password nak buka,korang ingat orang lain tak boleh buka?itu silap,semua yang korang simpan tu tak selamat sebabbenda manusia cipta,manusia boleh buka la”

lepas tu,korang cuba bayangkan eh,henset korang ni,katakan la korang ada simpan gambar korang ngah kiss dengan pasangan korang kan,.macamana kalau tiba-tiba korang sedar handphone tersebut tiba-tiba hilang,sama ada dicuri atau korang tertinggal.orang mesti nak tengok isi punya,dapat je gambar korang,habislah,terpampang la muka korang kat internet nih!seronok je orang lain tengok..apa boleh buat?padan muka la!

kepada wanita dan lelaki di luar sana!

jagalah maruah korang.nak buat projek pun jangan la rakam.kalau dah kantoi,malu sampai mati la korang!lepas tu bila orang lain tengok?apa diorang fikir?murah betul maruah orang melayu ni..video indon pun taruk nama melayu jugak…korang tak rasa kesian ke dengan bangsa sendiri?bila bangsa lain tengok?diorang mesti fikir yang semua perempuan melayu ni boleh dinodai senang-senang je..

jangan sampai orang kata macam ni:-

“itu melayu ha,banyak bodoh ..tengok kita punya orang ,ada maruah.ini orang melayu,bogel-bogel tunjuk sama orang,kita apa boleh buat,kita tengok la..nanti kita boleh rasa itu melayu punya”

so..bagi mereka di luar sana,jagalah maruah kita ni..jangan la ko pulak jadi dalang sebar video tak senonoh yang menjatuhkan maruah kaum ko sendiri..kena laknat baru ko tahu!

p/s:- kepada wanita-wanita di luar sana,jagalah diri korang sebab janji boleh dimungkiri dengan mudah jer..kata nak rakam pastu delete,hampeh la korang..tau-tau,esok dah masuk dalam youtube ker,tak pun bagi kawan -kawan pasangan korang tengok..seronok kawan dia dapa tengok kemaluan korang…haha,,padan muka..pastu keluar kat internet,die bagi tajuk bohsia tah mane-mane tah…habis lah korang..menangis la macam mana pun..dah takder guna dah..benda tu dah tersebar..dapat la korang dosa hangit!lepas tu nanti bila korang ada anak.anak korang tanya korang,”mak,kenapa muka parempuan dalam video ni macam muka mak jer?”..malu siot….

dan kepada lelaki ynang lakhanat yang memalukan bangsa sendiri!:-

korang ingat bluetooth video ni tak berdosa ke?aku bagi ko sedar tentang dosa berantai yang korang dapat;

ha...tengok la sendiri..aku tak larat nak buat banyak-banyak

karang pikir eh…sekarang ni ko umur 18..ko ingat tak dah berapa banyak video tak senonoh ko dah sebar?smapai umur ko 25 la kan,kalau orang masih tengok video tu?tak ke berterusan je dosa tu masuk dalam akaun ko?best kan..sampai ko dah x larat nak cari and delete video tu?korang rasa mana hala tuju ko pastu?itu nasib baik 25,kalau sampai umur ko 40 masih ader yang tengok lagi,ingat sikit,ko bukannyer share dosa ngan orang yang ko bluetooth video tu jer,orang -orang bawah dia pun ko tanggung sekali beb,,orang yang bawah orang-orang ni pun ko share beb!”lu pikir la sendiri”

tu la…jahil sangat..bukan nak kata aku terer pasal agama,tapi bab dosa ni aku kenal la..

hahaha!!!

hahaha!!!

bila mau aman ?

CERUTA KOMUNITI DI MALAYSIA

CERiTA KOMUNITI DI MALAYSIA

jom kita bercerita tentang aman.aman“..orang selalu sebut aman.tapi tahu ke maksud dia?perkara seperti politik dah banyak porak peranda kan negara kita.tengok je la sekarang ni.macam-macam jadi.sampai nak saman sultan pun ada.ape kejadahnya diorang ni.mana pergi adab?itulah masalah kita.oleh kerana golongan cerdik pandai yang hebat dalam undang-undangdunia“ni .negara kita jadi porakperanda..jangan hairan atau terkejut kalau satu hari nanti anak-anak korang cakap KAU AKU and maybe diorang akan saman korang sebab kejutkan diorang dari tidur.yela.kan undang -undang dunia ni boleh buat macam-macam.dunia,dunia,dunia.sampai lupa pasal akhirat.kita sepatutnya,belajar hormati orang,walau tak puas hati pun.kan ada cara yang elok untuk settle something.and kerjasama antara kita pun mesti la ada..tolak ansur tu penting..malas nak cerita banyak.“LU PIKIR LA SENDIRI!”

SAMA SAMLAH KITA BERSATU MENGEKALKAN KEAMANAN MALAYSIA

SAMA SAMLAH KITA BERSATU MENGEKALKAN KEAMANAN MALAYSIA

(CERDITS TO BROTHER SAHALFIKRI.BLOGSPOT.COM FOR THE IMAGES)

VISIT sahalfikri.bogspot for more articles