
untuk mereka yang tinggal di ibu kota,kesesakan lalulintas selalu menjadi masalah harian malahan ada yang telah menjadi rutin harian dalam kehidupan sehari hari mereka
kesesakan atau yang selalu kita panggil jem ini,menjadi salah satu penyebab tekanan emosi kepada sesorang manusia.dimana silapnya?pernah tak korang perhatikan bila terjadinya jem ini,cuba lihat sebelah kenderaan korang.berapa orang ada dalam kereta tersebut?bagi anip,yang selalu anip nampak adalah 2 atau 1,jarang sekali untuk melihat kereta yang ada 4 orang penumpang .
jika kita tolak tambah darab bahagi,memang tak terkira jumlah kereta di MALAYSIA.itu belum lahi kita tambah dengan jumlah pembelian kereta baharu dari hari ke hari.
sebenarnya,jalan penyelesaian kepada masalah ini ada tetapi ianya memerlukan masa yang agak panjang kerana sistem pengangkutan drat di negara kita ini dilihat tak berapa efektif.seperti Apa yang dilakukan kerajaan,menyarankan rakyat menggunakan pengangkutan awam,bukan kita tak nak guna pengangkutan awam,tetapi masalahnya keadaan sistem itu sendiri.jika naik bas,bas macam tin sardin,terutama ketika pulang dari kerja.jika nak naik teksi,tambang terlalu mahal,lebih kurang sama dengan pandu kereta sendiri,jika naik komuter,jumlah komuter tak mencukupi,datang setengah jam sekali,itupun kalau tak rosak,kalau ada yang rosak,tunggula berjam jam nak dapatkan tren seterusnya.bagaimana kerajaan ingin memaksa kita untuk menempuh hidup seharian sebagai rakyat biasa yang hidup dalam tekanan.sedangkan mereka sendiri tidak menggunakan pengangkutan awam.
apa kita boleh buat,cuma bersabar dan terus bersabar.
terima kasih
disediakan olah s.u.k.a






